Event : Hard Rock Jeli Ride Mountain Bike 1

20:22

...assalamualaikum...

hari ini manyak semangat lorh. pagi-pagi bangun sedut udara sejuk kat tingkap. perhh, jeli is awesome klu bab-bab mcm ni wa ckp sama lu. sampaikan bunyi cengkerik pun bole dgr. haha. (yg tu sbb ada sekor melompat masuk dlm bilik aku. tp dah buang dah. haha) im kinda busy and will be veerrrryyyyy busy afta mid sem break. kene didik teamates aku bersedia dari segi mental dan fizikal nak jadi reporter terulung lepas ni. jgn risau ye, nnt "akak" akan brainwash korang! haha. "akak" kunun! terasa senior uoollss. btw, im trying to make uollss feels great work under me. ok! later lah we story-story more bout sukan kampus. now, entry pasal "hard rock jeli ride". eventnya dah laaaammmaaaaa, tp baru nak upload. biasalah, wifi sedut-sedut lagi. seriusly, aku sendiri tak paham. wifi full bar tapi semputnya mengalahkan bakteria shirota bergerak! at last, dpt jugak update belog hari ni. alah, seminggu je pon lewat. 29 september hari tu. ok. ok. ok. ok. stop bebel.



pewitt...elias and amir. wakil umk yg terawal sampai. meriah sungguh peminat korang! btw, sayang gila. klu cepat sikit lagi dah dpt top 10. tak pe lah, 11 tu pon dah ok. at least ad improvement kan! tahun depan ada lagi and mesti lagi grand. pulun abes-abes. tahun ni dpt no 11, tahun depan buang 1 kat belakang. biar jadi no 1 pulak. pape pon, congrates utk korang. tp, klu tahun depan kau dapat no 1, aku nak amik gambar dgn kau kat atas stage teros tau elias! haha


this is kobe. a good job for you. still baru tapi ok la. tp kan, aku yg rabun ke atau memang tak ada peminat yang nak bergambar dgn kau. hahaha. just joke kobe! kau kenal angah kau kan. chill bro.


iollss..kenalkan ni ariff. eh, betul ke eja? haha. pape je la. janji bunyi sama. kejap-kejap, kenapa peminat kau dgn peminat elias and amir sama? nampak sgt bukan peminat tegar. hehe. (mati aku klu diorg baca blog ni. semua budak kelas pulak tu!) haruslah di ingatkan bahawa, dari atas sampai lah ke hujung nokhtah entry ini adalah gurauan sahaja ye. so, no touching-touching bebeh. :)


ini aku kenal dia as a kadir. yang sebelah tu roomate aku ke??? dah tak kenal la. sunburn! hahahaha


 seksi leg! censored la pulak. apa ni fiqa! gambar apa yang kau amik ni. korang agak-agak korang nampak apa kat gambar ni?? hahaha


ni haaaa~~~ uncle ni pakai selipar je ride beskal hari tu. aku rasa kasut dia dah tenggelam dlm selut time kat track. hahaha. tak pe la uncle, janji sampai finish line. penat kami tunggu uncle tau. dari pagi sampai ke tengah hari. sempat berdikir barat tengah jalan tunggu ketibaan uncle. should be proud sbb time uncle sampai kitorang still ad menunggu. ikotkan hati dah nak tinggal je. haha


hard rock jeli ride crew 2012. 


part of urusetia yang eerrr, untung la muka tak sunburn! tak pe. tak pe. din geng aku. geng ikan bakar! hahaha

sekarang sedang memutihkan kulit muka yang tersgt sunburn. sampai semua pakat tegur kata "eh, kenapa kenampakan kesangatan kegelapan ketaraan kedekatan kemukaan? kau buat apa?" bole tanya lagi! tergores, terguris, berlubang hati aku ni. tak pe lah. temporary je. nnt rendam muka dlm chlorox + vanish + softlan = insyaAllah pulih selama-lamanya. hahaha. abes daaaa~~~~ bye bye. :)


::picit-picit krim garnier yg dah nak abes dengan tekun -_-"":: 

Cari makan : Seoul Garden

07:12

...assalamualaikum...

jgn tertipu dgn tajuk entry di atas ye. ini warning yg agak keras dan tegas! haha. betul lah, aku pergi Seoul Gardenggg tu tp kat malaysia lah. nak mkn ala-ala korea punya pasal kan. btw, satu kepala charge RM35 dan itu pon guna student card la der. buncit perut mkn weh. sampai kitorg kene buat second trip. klu tak, tak berbaloi lah RM35 seorang tu. tp rasanya aku punya part memang tak cukup RM35. hahaha. kenyang sgt maa. tak larat nak mkn dah. berbaloi jugak lah, even kene bebel dgn abah sebab balik lambat. T_T. huhu. naseb sekejap je bebelan pak cik yussof tu. ok lah, spending my last week with my friend was an awesome tau. tambah lagi member aku yg study Jepang tu. haha. time dia balik malaysia lah kiotrg nak lelepak sama pon. 


disebabkan aku ni "camera maniac" so, apa-apa yg berkaitan kamera tak kesah lah kamera apa pon, klu aku dah tertarik apa pon tak jadi. haha. well, ini bukan kamera aku pon. it belongs to my friend. Jepun mali. style habaq hang! jom scroll kat bawah. aku cerita pasal Seoul Garden ye.


macam-macam ada kat sini. ini part bahan mentah yg di perap. ada sotong, ayam, daging, kepah, udang and lain-lain lagi. aku suka "Szechuan beef" dgn "curry fish".


ini "bulgogi beef" kot


part sayur pon ada. fresh semuanya.




ini meja kitorg duduk. masak sendiri. pheww, meletop-letop. haha. teror sgt masak. yg tgh tu sup kimchi.

ini apa benda yg aku mkn pon aku tak tau. haha. terlupa lah nama dia apa. tp sedap la.

nyum nyum. dah lama tak mkn guna chopstik.

look at my baju. "i love japan". member aku yg kasi tu. tp salah la pulak. mkn kat kedai ala-ala korea, should be pakai "i love korea" la kan. haha. tak pe, lain kali pakai "i love malaysia" pulak. baru betul kan!

team mkn aku. btw, klu mkn tak abes even satu mangkuk pon nnt kene fine. so, amik sikit-sikit dulu. klu nak tambah lagi bole je. nak buat bape byk trip mkn pon bole. janji abeskan semua ye.


member dari sekolah rendah lagi kot. still friend until now. alhamdulillah. :) sila abaikan tudung dan muka aku tu ye. semua gara-gara mkn terlebih. haha


dah abes mkn, nak pegi lah cari surau kat Gurney Plaza ni. tp, apa yg sadisnya bila tgk directory tak de pon surau. and oh, lupa la yg Gurney Plaza tu ramai sgt cina lepak. rasanya, nak cari surau sgt lah susah. so, kitorg pon decide pegi Penang Time Square. cari toilet then ternampak baby changing room ni dan terkeluar lah member aku ni ckp...

 "u, kita solat kat sini lah. u ok ke? i ok je. i dah biasa solat kat tempat-tempat mcm ni kat Jepun."  

akhirnya, kitorg decide solat kat sini. berbekalkan stokin dan iPhone yg menunjukkan arah kiblat kitorg ambil wuduk dekat toilet dan masuk dalam ni. first time buat mcm ni kot. even kat malaysia tp time tu susahnya la hai kitorg nak cari surau. lagipon, Penang Times Square tu baru buat. so, rasanya management dia tak ok lagi kot. 


berlapikkan flyer yg kitorg dpt dekat Gurney Plaza. apa-apa pon bole. urusan antara kita dan Allah. Allah je yg tahu apa dlm hati kita ni. seriusly, terasa musafir dah ni. syamim nabilah, awak dah ajar saya cara awak hidup kat jepun nun. nice one babe! dan sempat lagi lah dia bercerita, time dia kat jepun kdg-kdg dia terpaksa keluar kelas untuk solat. tepi tangga, dekat taman pon bole jadi. biasalah, bila dah hidup dekat negara bukan islam. susah nak cari surau. so, it's a satu pengajaran dan pengalaman untuk aku. even sesulit mana pon kita, ada je tempat penyelesaiannya. yg penting ikhtiar.


dekat "fullhouse" cafe, Penang Times Square. why u so tinggi!! ternampak rendah i kat situ. haha


pastu ada la pesta buku kat Penang Times Square ni. kitorg pon singgah la. tak de apa sgt pon kat sini. tempat baru nak bukak.


aku suka buku ni sbb photography dia cantik. bukan sebab aku suka train ke apa. :)

 

lastly, pegi ke Queensbay Mall. shopping lah apa lagi. 

itu lah kesudahan cerita entry aku kali ni. tp syg tak dpt pegi pantai lah sebab dah lewat sgt. btw, nice moment with my those two friend, Syamim and Nazli. :) Salam.


::arsenal lawan liverpool weh mlm ni:: 

Cari makan : Selera Tepi Sungai

01:32

...assalamualaikum...



hurmm...almost 2 weeks busy dgn test...i've got a lot of assignment and report...tido pon kejap jage, kejap tido...pastu muke pon jadi sembap...tapi tak pe...kawan-kawan aku ada untuk menggembirakan aku...hehe...so, weekend ni terasa nak sgt kua jenjln...should be I'm in KL now, but the plan was canceled last minute...kitorang pon decide nak pegi air terjun lata janggut...dekat je ngn UMK jeli...it's about 15 minit klu drive kete...tgh plan tetbe perot lapaq...hehe...jadi kitorg kua awal sikit mencari makan tengahari...we headed to Tanah Merah...kononnya nak makan nasi kerabu...nak dijadikan cerite kawan aku ni terlepas drive jalan nak masuk ke Tanah Merah...but then kawan aku sorang lagi ni kata ada lagi jln kat depan untuk ke Tanah Merah...kitorang pon teruskan perjalanan...masa perjalanan tu tetbe minyak dah blingking! haish...dah la jln kat situ agak sunyi...tadi baru je tgk ada 2 bar...pastu carilah stesen minyak...kebetulan opposite to stesen minyak ada kedai makan "Selera Tepi Sungai"...nak tau sebab apa kedai ni nma dia mcm tu...sbb, kampung ni nama dia kampung tepi sungai...hehe...hurm, sounds great right? mula-mula hati kitorg ni agak pejal dan tebal jugak la nak stop mkn kat situ, tp kawan aku ajak jugak try mkn kt sini...why not? perot pon tgh lapa sgt sampai nyanyi dlm keta pon semput...hahaha...






see! menyelerakan tak? rambang mata weh nak mkn apa...btw, harga and makanan sgt berbaloi-baloi...sedap-sedap sumenye...tempat dia pon boleh tahan bersih, teratur and tak panas...tak payah risau klu lauk abes ke apa...bekas periuk diorang super besau-besau belaka...oh, pinggan diorang pon besaq habaq hang...kedai ni bukak dari pagi sampai mlm...tapi klu nak pegi mlm tu better reramai lah...sebab jln nk ke tempat ni klu dari jeli sgt gelap...tambah lagi klu pompuan yg bwk...it's scary you know! keta pon tak byk lalu mlm-mlm klu kat kelantan ni...



ini desert yg ada kat kadai ni...awesome gile...bubur pulut hitam ni still teringat lagi mcm mana rase dia...satu mangkuk RM2...aku ckp korang...memang sedap! mcm-mcm bubur ada...bubur durian, bubur caca, mcm-mcm lagi lah...korang nk apa amik je...tapi bayar lah...hehe...klu sedara-mara aku dtg jumpa aku, for sure tempat ni yg aku akan bawak diorang...end of sesi mkn-mkn...kitorng pon teruskan perjalanan ke Tanah Merah...tujuan utama nak beli tudung bawal 3 tone (kawan aku)...dan aku pulak nak cari tudung bawal printed...kitorang pon masuk dlm Pasar Besar Tanah Merah...alah, tempat dia lebey kurang mcm Pasar Besar Siti Khatijah je...cume kecik sikit...yes! dapat cari kedai yg jual paling murah...hehe...RM10 satu...ngeee....



singgah kejap beli buah kat Pasar Besar ni...nampak sedap-sedap je sume...owh, this oren nak buat jus...aku suke gila minum jus oren...and aku angkut sekali buah epal hijau...lepas dah membeli dah sampai masa untuk kitorang blah...hahaha...dah petang pon...roomate aku mesej kat jeli hujan lebat sgt...jadi mula-mula plan nk pegi lata janggut cancel...dah dlm perjalanan nak balik ke UMK pon ujan lebat...kitorang pon stop kat surau untuk solat and tunggu hujan reda sikit...alhamdulillah, hujan pon berhenti...kitorang start jln and singgah U kejap amik member kitorang sorang lagi...then, ulala...pergi jugak kitorg kat air terjun lata janggut...huhu...tapi tak mandi sebab baru hujan kan...air keruh and tak selamat nak mandi...jadi kitorang just having a photoshoot and mkn-mkn je...





so, inilah apa yg aku dpt kongsi ngn korang apa yg aku buat kat kelantan nih...aku ni memang kaki jln...and lagi awesome bila dpt member yg jugak kaki jln and kuat mkn...hehe...bye korang..:)


:::dalam bilik keseorangan...:::

Photoshoot : Kampung

20:58

...assalamualaikum...

yeay...balik kampung lagi...haha...the best part in my life...suasana kampung memanggil-manggil aku ke sana...cewah!


  

focal length : 28.0mm
ISO : 400
4608 x 3072 pixels 


 kala senja...menarik burung-burung ni terbang...nasib baik dapat snap...tapi yang tak bestnya padi belum lagi sampai masa menanam...so, sawah kering kontang menunggu masa untuk proses lepasan air dan kemudian baru proses menanam




 focal length : 55.0mm
ISO : 400
4608 x 3072 pixels




focal length : 55.0mm
ISO : 400
4608 x 3072 pixels


beautiful sunset kan?? but the most important thing that "pokok"...cantik dengan ranting serabut




 focal length : 30.0mm
ISO : 1000
4608 x 3072 pixels


surau yang dinamakan sempena nama arwah tok wan aku...dulu arwah tok wan selalu azan kat surau nih...banyak kenangan arwak tok wan dengan surau ni...aku dapat lihat dikala hari terakhir tok wan aku, begitu ramai yang datang memberi penghormatan terakhir...arwah tok wan telah pun berbakti dengan baik semasa tok wan hidup...subhanAllah...bangga jadi cucu tok wan...




focal length : 55.0mm
ISO : 1800
4608 x 3072 pixels




focal length : 35.0mm
ISO : 2000
3072 x 4608 pixels


comel sangat ayam katik ni...hehe...sedap ke kalau makan?? haha...tak pernah makan ayam katik




focal length : 22.0mm
ISO : 1000
3072 x 4608 pixels


alang-alang menyeluk pekasam biar sampai lengan...haha...Warisan Pak Ndak Nor Ain...sepupu aku punya kedai makan...lai-lai...resepi turun temurun...kami memang ada banyak resepi turun temurun...dulu arwah tok wan ketua rewang bila ada kenduri kendara...totally miss his "ayaq asam"...meleleh air liur...kalau sapa-sapa yang nak try makan nasi ayam atau sup bole la datang sini...kat Permatang Tok Mahat Nibong Tebal Seb Perai Pulau Pinang...














bila balik kampung tak sabar pulak nak tunggu hari raya! hehe...semua sedara-mara berkumpul and become a big family...love it...=P


:::selamat hari raya...haha...(tiba-tiba):::

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images