Jalan-jalan : Pantai Sri Tujuh

07:24

...assalamualaikum...

Semenjak nak masuk tahun akhir ni, jadual asyik penuh je. Kalau tak pun sibuk dengan aktiviti universiti. Ok, janji lepas habis International Kelantan British Parliment (IKBP) Debate bulan 8 ni, tak nak dah involve mana-mana program. Sentap kau bila pensyarah tanya bila nak fokus Final Year Project. Pheww... Aku mengaku agak kelam kabut juga semester ni. Semua terkejar-kejar. Tapi alhamdulillah, sempat aku kejar. Btw, disebabkan semester ni agak huru-hara maka, aktiviti travelling jugak dikurangkan. Bukan dikurangkan, tak ada langsung kot aku rasa. Nak balik rumah pun tak sempat dan semester ni masa cuti mid sem pun balik 3 hari je. So, I was here sebab ada retreats for ahli jawatankuasa UNESCO Food Week last semester. It is my first time to be here and everybody knows beach is one of the attraction in Pantai Timur. Takes about 1 hour and half from UMK Jeli. Nice place but sorry to say, rubbish everywhere.



Kalau pergi pantai tak photoshoot tak best la. Cuaca yang baik walaupun kitorang boleh nampak hujan di pantai sebelah. It's so cool yah. Macam ada dua dunia yang berlainan.





Sempat la jugak naik paddle boat ni. Aku pilih untuk 3 orang RM15. Macam-macam aktiviti boleh buat dekat sini. Nak camping pun boleh. BBQ apa tah lagi kan. Masa ni ada funfair. So, meriah la malam dekat sini. Main bumper car la, ferris wheel la. Sampai tak sedar duit tu semua habis banyak untuk game. Haha. 
  

Dah ada cadangan kalau sesiapa yang nak jalan-jalan sekitar kawasan Tumpat, Kelantan. Mungkin Kelantan ni tak banyak mall dan tempat-tempat sebagaimana orang bercerita . Tapi bagi aku, budaya itu sendiri menjadikan mereka unik.

::Pack barang, bersiap pergi field trip:: 

Event : Hard Rock Jeli Ride Mountain Bike 2

06:03

...assalamualaikum...

Hai everybody. Malam ni nak cerita event ketiga Hard Rock Jeli Ride Mountain Bike 2013. Yeah, I know. Tahun lepas punya cerita tp nak bagitau HRJRMB yang ke empat bakal berlangsung september tahun 2014. Ini yang nak war-war kan kat korang ni. Mesti banyak peminat mountain bike kat luar sana.






Macam-macam perangai ha diorang ni. Aku suspek pak cik yang pakai topi ada antenna tu. Kuat semangat betul pak cik. Tengah-tengah panas pun still lagi mengayuh sampai penamat.
Banyak kelab dan juga universiti yang menghantar wakil.





Untuk keterangan lanjut boleh ke facebook page rasmi Hard Rock Jeli Ride sendiri - https://www.facebook.com/pages/Hard-Rock-Jeli-Ride/443090115781313 

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images