Jalan-jalan : Teluk Chempedak

08:57

...assalamualaikum...

hai uoolss...minggu lepas ioollss pegi bag pack travelling dgn member seuniversiti. huh, penat tp berbaloi! pegi kuantan just for a day. balik hari dan hanya dua orang sahaja pemandu kereta. btw, the experience is totally awesome. mcm-mcm la jadi masa travel tu. kereta bateri habis, lepas tu tayar bocor then lepas tu pulak spare tayar pecah. at last, semua ponteng kelas pagi. haha. nasib baik ada satu lecture je. next trip plan nak pegi pulau perhentian. time byk duit nak pegi sana lah, nak pegi sini lah. nnt dah hujung bulan mula lah biasiswa PAMA (papa dan mama). tp tu lah, duit bole dicari, tapi pengalaman..... sekali seumur hidup. seriusly, sepanjang perjalanan mcm-mcm dugaan kitorg alami. start dari kereta lagi. bersyukur sgt, dah sampai kuantan baru kereta betul-betul mati enjin. enjin dah settle tayar pulak pancit. balik lah kitorg dgn drive seslow yg boleh. dlm perjalanan tu korang ingat semuanya indah belaka ke? tgh-tgh mlm la nak rasa kereta berat la pastu hati ni asyik tak sedap je sebab kereta opposite dgn kitorg asyik main lampu. lalu jalan kuala lipis pulak tu. gelap dan jalan dia nauzubillah seram. dan aku ni pulak klu jalan jauh memang susah nak lelap mata. plus klu jalan malam. memang aku akan teman org yg drive kereta tu. dlm hati ni tak lepas baca surah-surah.

moment yg paling kelakar time tayar pecah dekat machang. it was about 2 hour untuk sampai ke umk jeli. masa tu la aku mula dah stress. sampai aku rasa abang sewa kereta tu punya servis sgt la teruk. tayar spare bole pulak terkoyak. lagi sekali kitorg bernasib baik sebab laluan yg kitorg lalu tu jalan kampung dan tayar tu pecah betul-betul depan rumah orang. dan bertuahnya kitorg lagi, ada la jkk kampung kat situ jumpa dgn kitorg. then kitorg pon berteduh lah dekat wakaf kampung tu. sadis tau bila dua org member laki aku tido kat wakaf tu kesejukan. dah la hujan. kitorg yg tiga org perempuan ni tido dlm kereta. gentleman gila diorg! hahaha. dah subuh, ada tok penghulu dekat situ gerak kitorg suruh masuk dlm rumah. lepas masuk dlm rumah tu, semua tido tak sedar diri. semua ni aku tak tau la nak ckp malang ke ataupun bernasib baik. mungkin bole dikatakan malang bernasib baik kot sbb kitorg malang dpt kereta sewa yg servisnya hampeh tapi kitorg bernasib baik sbb kereta tu rosak time kitorg senang dptkan bantuan. sebeblum sampai kota bharu, member aku yg drive tu (kobe) tanya aku nak masuk simpang machang ke tak. tapi co-driver (rawe) ckp dia tak berapa pasti klu nak ikot simpang ke machang sbb dia tak pernah jalan kat situ. so, kitorg pon jln ke depan lagi. dan sampai bulatan simpang untuk ke kota bharu ada lagi simpang utk ke machang. so, dlm kereta tu aku pun decide dgn kobe utk lalu laluan machang. "aku rasa mcm petunjuk je kobe. dah dua kali jumpa simpang ke machang ni. mcm di suruh lalu je jln ni. masuk je lah kobe." dan bila jadi peristiwa tayar pecah kat kampung jeram, machang tu baru la aku sedar. klu la kitorg lalu jln highway ke kota bharu, mau tak ada sapa kat situ. aku sgt bersyukur kot. tayar pecah pukul 4 pagi! sapa tak cuak.

apa-apa pun. lepas ni nak travel kene prepared bebetul. kita tak tau apa bakal jadi dan tak semuanya bernasib baik. kali ni punya betul-betul gamble bag pack travel. sampai tido rumah org yg tak dikenali. budi mak cik sekeluarga tak pernah kami lupa. apa yg jadi semua ni satu pengalaman buat kami berlima. and guess what, kito hanya keluarkan RM66 seorang. berbaloi! RM66 dgn pengalaman berada di atas jalan raya yg sgt lama memang tak bole dilupakan.












::can't wait for perhentian! and gunung nuang in 2 weeks more.::

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images