...assalamualaikum...
Semenjak nak masuk tahun akhir ni, jadual asyik penuh je. Kalau tak pun sibuk dengan aktiviti universiti. Ok, janji lepas habis International Kelantan British Parliment (IKBP) Debate bulan 8 ni, tak nak dah involve mana-mana program. Sentap kau bila pensyarah tanya bila nak fokus Final Year Project. Pheww... Aku mengaku agak kelam kabut juga semester ni. Semua terkejar-kejar. Tapi alhamdulillah, sempat aku kejar. Btw, disebabkan semester ni agak huru-hara maka, aktiviti travelling jugak dikurangkan. Bukan dikurangkan, tak ada langsung kot aku rasa. Nak balik rumah pun tak sempat dan semester ni masa cuti mid sem pun balik 3 hari je. So, I was here sebab ada retreats for ahli jawatankuasa UNESCO Food Week last semester. It is my first time to be here and everybody knows beach is one of the attraction in Pantai Timur. Takes about 1 hour and half from UMK Jeli. Nice place but sorry to say, rubbish everywhere.
...assalamualaikum...
Hai everybody. Malam ni nak cerita event ketiga Hard Rock Jeli Ride Mountain Bike 2013. Yeah, I know. Tahun lepas punya cerita tp nak bagitau HRJRMB yang ke empat bakal berlangsung september tahun 2014. Ini yang nak war-war kan kat korang ni. Mesti banyak peminat mountain bike kat luar sana.
...assalamualaikum...
terdetik pulak nak berblog pagi-pagi subuh ni. what a shamed, lamanya tinggal dunia blog seketika. sekarang mood dah sampai. so, nak sambung cerita travelling lah. pernah satu entry tu cakap nak pergi pulau perhentian. sedihnya, tak dapat pergi. travel kali ni tempat tak berubah, still terengganu medan dituju. tapi bukan pulau lah. kitorg jalan tempat lain. group travel kali ni aku bawak member lain pulak. yg sama hanya kobe sebagai driver. i feel save kalau dia yg drive. haha. ok, straight to the story. travel ni kitorg pergi masa cuti apa entah. tak berapa nak ingat and a few kitorg tak balik rumah. yg paling sadis cutinya seminggu. it's something stupid if we didn't do anything great right! bersewakan kereta alza putih yg disumbatkan sebanyak 6 org, kitorg pun travel utk dua hari.
first of all, bertapaukan experience yg lepas, kereta yg aku paling paling paling paling titik beratkan. dari enjin sampai ke ekzos aku nak check. haha. kobe pun sama jugak. dia lebih teliti periksa until everything checked. lelaki lebih tahu menahu pasal kereta ni and i just leave it to him. kelantan ke terengganu, sepanjang perjalanan tak sunyi sebab, oh ya baru teringat masa ni cuti pilihan raya. dan aku tak cukup umur lagi nak mengundi. ok, back to the sentence. perjalanan agak best. penuh kekampungan nelayan. first arrived dekat masjid terapung. subuh dan mandi dekat sana. what a coincidence, after we perform the subuh prayer the scenary was awesome. so, pusing-pusing area situ sekejap. tgk matahari terbit dengan air laut tgh pasang, memang the best place for a photographer lah.
...assalamualaikum...
wuahhh, lama sgt terbiar blog ni. selalu tak ada masa terluang untuk berblog bagai. so, hari ni marathon story dlm blog lah. banyak cerita nak kongsi bersama. kalau di imbas balik entri yg last update tu caption bawah ada pasal nak pergi pulau perhentian dgn gunung nuang. jadi, entri kali ni nak sambung lah cerita pasal gunung nuang tu.
beginilah ceritanya, nak dibandingkan gunung nuang dgn gunung-gunung yg pernah aku daki nuang lebih tough dari sebelum ni. memacak doh nak naik puncak. 2 jam perjalanan nak sampai kem pacat tu landai tapi menaik. penuh matlamat dan iltizam aku berjalan. tapi sungai kat sana cantik, air sejuk. nuang ni ada penempatan org asli. adalah nampak budak ni ikut bapak dia masuk hutan dengan selamba hipopatamusnya masuk hutan berkaki ayam. org dah biasa kisah apa pakai kasut ke tak. kita yang nak hiking ni siap beli kasut hiking beratus nak panjat gunung. tapi berbaloi la kan. dan kasut aku telah pun tercabut tapaknya gara-gara terpijak selut.
entri kali ni tak byk gambar sebab dah banyak kali mintak dekat empunya kamera tetapi masih tidak lagi dapat. hanya ini saja yg dpt upload.
last ni gambar kat atas puncak. gambar yg full tak ada. sedey sungguh. before lupa, bayaran RM2 untuk masuk hutan lipur ni. pengalaman best. alam semulajadi memang best.
ini tak tau la apa kebenda. yang pasti ia adalah salah satu hidupan dekat gunung nuang ni. kredit tu elias mohsin for this pic. aku naik tak jumpa pun benda alah ni. yang aku jumpa lebah yg mengerumuni aku sepanjang aku naik ke puncak. nasib lah bukan tebuan. berhati-hati dengan binatang-binatang yg menghuni disini ye. jgn silap kacau "rumah" diorg sudah la. habitat mereka disini. biarkan mereka. kita tumpang lihat dan menikmati alam semulajadi je.
trek gunung ni dah kira level A dah. insyaAllah la, boleh dah tu untuk gunung tahan pulak. semua ni main mental je. last word, terokalah alam kita. banyak benda kita boleh belajar yang tak ada dalam syllabus kita. assalamualaikum. selamat mengundi!
::penat naik turun tangga hari ni::
...assalamualaikum...
hai uoolss...minggu lepas ioollss pegi bag pack travelling dgn member seuniversiti. huh, penat tp berbaloi! pegi kuantan just for a day. balik hari dan hanya dua orang sahaja pemandu kereta. btw, the experience is totally awesome. mcm-mcm la jadi masa travel tu. kereta bateri habis, lepas tu tayar bocor then lepas tu pulak spare tayar pecah. at last, semua ponteng kelas pagi. haha. nasib baik ada satu lecture je. next trip plan nak pegi pulau perhentian. time byk duit nak pegi sana lah, nak pegi sini lah. nnt dah hujung bulan mula lah biasiswa PAMA (papa dan mama). tp tu lah, duit bole dicari, tapi pengalaman..... sekali seumur hidup. seriusly, sepanjang perjalanan mcm-mcm dugaan kitorg alami. start dari kereta lagi. bersyukur sgt, dah sampai kuantan baru kereta betul-betul mati enjin. enjin dah settle tayar pulak pancit. balik lah kitorg dgn drive seslow yg boleh. dlm perjalanan tu korang ingat semuanya indah belaka ke? tgh-tgh mlm la nak rasa kereta berat la pastu hati ni asyik tak sedap je sebab kereta opposite dgn kitorg asyik main lampu. lalu jalan kuala lipis pulak tu. gelap dan jalan dia nauzubillah seram. dan aku ni pulak klu jalan jauh memang susah nak lelap mata. plus klu jalan malam. memang aku akan teman org yg drive kereta tu. dlm hati ni tak lepas baca surah-surah.
moment yg paling kelakar time tayar pecah dekat machang. it was about 2 hour untuk sampai ke umk jeli. masa tu la aku mula dah stress. sampai aku rasa abang sewa kereta tu punya servis sgt la teruk. tayar spare bole pulak terkoyak. lagi sekali kitorg bernasib baik sebab laluan yg kitorg lalu tu jalan kampung dan tayar tu pecah betul-betul depan rumah orang. dan bertuahnya kitorg lagi, ada la jkk kampung kat situ jumpa dgn kitorg. then kitorg pon berteduh lah dekat wakaf kampung tu. sadis tau bila dua org member laki aku tido kat wakaf tu kesejukan. dah la hujan. kitorg yg tiga org perempuan ni tido dlm kereta. gentleman gila diorg! hahaha. dah subuh, ada tok penghulu dekat situ gerak kitorg suruh masuk dlm rumah. lepas masuk dlm rumah tu, semua tido tak sedar diri. semua ni aku tak tau la nak ckp malang ke ataupun bernasib baik. mungkin bole dikatakan malang bernasib baik kot sbb kitorg malang dpt kereta sewa yg servisnya hampeh tapi kitorg bernasib baik sbb kereta tu rosak time kitorg senang dptkan bantuan. sebeblum sampai kota bharu, member aku yg drive tu (kobe) tanya aku nak masuk simpang machang ke tak. tapi co-driver (rawe) ckp dia tak berapa pasti klu nak ikot simpang ke machang sbb dia tak pernah jalan kat situ. so, kitorg pon jln ke depan lagi. dan sampai bulatan simpang untuk ke kota bharu ada lagi simpang utk ke machang. so, dlm kereta tu aku pun decide dgn kobe utk lalu laluan machang. "aku rasa mcm petunjuk je kobe. dah dua kali jumpa simpang ke machang ni. mcm di suruh lalu je jln ni. masuk je lah kobe." dan bila jadi peristiwa tayar pecah kat kampung jeram, machang tu baru la aku sedar. klu la kitorg lalu jln highway ke kota bharu, mau tak ada sapa kat situ. aku sgt bersyukur kot. tayar pecah pukul 4 pagi! sapa tak cuak.
apa-apa pun. lepas ni nak travel kene prepared bebetul. kita tak tau apa bakal jadi dan tak semuanya bernasib baik. kali ni punya betul-betul gamble bag pack travel. sampai tido rumah org yg tak dikenali. budi mak cik sekeluarga tak pernah kami lupa. apa yg jadi semua ni satu pengalaman buat kami berlima. and guess what, kito hanya keluarkan RM66 seorang. berbaloi! RM66 dgn pengalaman berada di atas jalan raya yg sgt lama memang tak bole dilupakan.
::can't wait for perhentian! and gunung nuang in 2 weeks more.::
...assalamualaikum...
dah lama aku pegi hiking tapi baru sekarang nak post. mencari masa free berblog. btw, this gonna be a short blog from me. just upload a few picture time hiking dekat Cameron Highland dulu.