Cari makan : Seoul Garden

07:12

...assalamualaikum...

jgn tertipu dgn tajuk entry di atas ye. ini warning yg agak keras dan tegas! haha. betul lah, aku pergi Seoul Gardenggg tu tp kat malaysia lah. nak mkn ala-ala korea punya pasal kan. btw, satu kepala charge RM35 dan itu pon guna student card la der. buncit perut mkn weh. sampai kitorg kene buat second trip. klu tak, tak berbaloi lah RM35 seorang tu. tp rasanya aku punya part memang tak cukup RM35. hahaha. kenyang sgt maa. tak larat nak mkn dah. berbaloi jugak lah, even kene bebel dgn abah sebab balik lambat. T_T. huhu. naseb sekejap je bebelan pak cik yussof tu. ok lah, spending my last week with my friend was an awesome tau. tambah lagi member aku yg study Jepang tu. haha. time dia balik malaysia lah kiotrg nak lelepak sama pon. 


disebabkan aku ni "camera maniac" so, apa-apa yg berkaitan kamera tak kesah lah kamera apa pon, klu aku dah tertarik apa pon tak jadi. haha. well, ini bukan kamera aku pon. it belongs to my friend. Jepun mali. style habaq hang! jom scroll kat bawah. aku cerita pasal Seoul Garden ye.


macam-macam ada kat sini. ini part bahan mentah yg di perap. ada sotong, ayam, daging, kepah, udang and lain-lain lagi. aku suka "Szechuan beef" dgn "curry fish".


ini "bulgogi beef" kot


part sayur pon ada. fresh semuanya.




ini meja kitorg duduk. masak sendiri. pheww, meletop-letop. haha. teror sgt masak. yg tgh tu sup kimchi.

ini apa benda yg aku mkn pon aku tak tau. haha. terlupa lah nama dia apa. tp sedap la.

nyum nyum. dah lama tak mkn guna chopstik.

look at my baju. "i love japan". member aku yg kasi tu. tp salah la pulak. mkn kat kedai ala-ala korea, should be pakai "i love korea" la kan. haha. tak pe, lain kali pakai "i love malaysia" pulak. baru betul kan!

team mkn aku. btw, klu mkn tak abes even satu mangkuk pon nnt kene fine. so, amik sikit-sikit dulu. klu nak tambah lagi bole je. nak buat bape byk trip mkn pon bole. janji abeskan semua ye.


member dari sekolah rendah lagi kot. still friend until now. alhamdulillah. :) sila abaikan tudung dan muka aku tu ye. semua gara-gara mkn terlebih. haha


dah abes mkn, nak pegi lah cari surau kat Gurney Plaza ni. tp, apa yg sadisnya bila tgk directory tak de pon surau. and oh, lupa la yg Gurney Plaza tu ramai sgt cina lepak. rasanya, nak cari surau sgt lah susah. so, kitorg pon decide pegi Penang Time Square. cari toilet then ternampak baby changing room ni dan terkeluar lah member aku ni ckp...

 "u, kita solat kat sini lah. u ok ke? i ok je. i dah biasa solat kat tempat-tempat mcm ni kat Jepun."  

akhirnya, kitorg decide solat kat sini. berbekalkan stokin dan iPhone yg menunjukkan arah kiblat kitorg ambil wuduk dekat toilet dan masuk dalam ni. first time buat mcm ni kot. even kat malaysia tp time tu susahnya la hai kitorg nak cari surau. lagipon, Penang Times Square tu baru buat. so, rasanya management dia tak ok lagi kot. 


berlapikkan flyer yg kitorg dpt dekat Gurney Plaza. apa-apa pon bole. urusan antara kita dan Allah. Allah je yg tahu apa dlm hati kita ni. seriusly, terasa musafir dah ni. syamim nabilah, awak dah ajar saya cara awak hidup kat jepun nun. nice one babe! dan sempat lagi lah dia bercerita, time dia kat jepun kdg-kdg dia terpaksa keluar kelas untuk solat. tepi tangga, dekat taman pon bole jadi. biasalah, bila dah hidup dekat negara bukan islam. susah nak cari surau. so, it's a satu pengajaran dan pengalaman untuk aku. even sesulit mana pon kita, ada je tempat penyelesaiannya. yg penting ikhtiar.


dekat "fullhouse" cafe, Penang Times Square. why u so tinggi!! ternampak rendah i kat situ. haha


pastu ada la pesta buku kat Penang Times Square ni. kitorg pon singgah la. tak de apa sgt pon kat sini. tempat baru nak bukak.


aku suka buku ni sbb photography dia cantik. bukan sebab aku suka train ke apa. :)

 

lastly, pegi ke Queensbay Mall. shopping lah apa lagi. 

itu lah kesudahan cerita entry aku kali ni. tp syg tak dpt pegi pantai lah sebab dah lewat sgt. btw, nice moment with my those two friend, Syamim and Nazli. :) Salam.


::arsenal lawan liverpool weh mlm ni:: 

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images